Saturday, August 30, 2008

NASIHAT RASULLULLAH [ S.A.W] MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



I. Bermohonlah kpd ALLAH rabb-mu dengan niat yg tulus dan hati yg suci agarALLAH membimbingmu utk melakukan syiyam dan membaca kitab-nya

II. Celakalah bagi orang yang tidak mendapat keampunan ALLAH di bulan yang agong ini. Kenanglah dengan rasa laparmu dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin.

III. Muliakanlah orang – orang tuamu ,sayangilah yang muda ,sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu , tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandang nya , dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

IV. Kasihanilah anak-anak yatim ,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu.

V. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika ALLAHmemandang hamba-hambanya dengan penuh kasih ; dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

VI. Wahai manusia !!! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu ,maka bebaslah dengan istighfar . punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) ,maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

VII. Ketahuilah !!! ALLAH taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud , dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-’alamin .

VIII. Wahai Manusia !!! Barang siapa di antaramu memberi buka (makanan) pada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini ,maka di sisi ALLAh nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia di beri keampunan atas dosa-dosanya yang lalu .

IX. (Sahabat-sahabat bertanya : ” YA ,Rasullullah ! tidaklah kami semua mampu berbuat demikian .” Rasullullah meneruskan : ) Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebij i tamar .Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

X. Wahai manusia !! Siapa yag membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath. Pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

XI. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini Allah aka meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekan di bulan ini Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.



XII. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

XIII. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya . Pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini , Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengannya.

XIV. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini Allah akan menuliskan bagiya kebebasan dari api neraka . barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yang lain

XV. Wahai manusia sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.

XVI. Barangsiapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, gajaran sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

19 Keistimewaan Wanita Vs 6 Wanita Malang...




19 KEISTIMEWAAN WANITA.....

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih
dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG....

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan
yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah,
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang
Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu
dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat
sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit
terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, Aku membuat itu keranamu.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya
kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan
matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang
sepanjang hari mengilatkan dan menghias
mukanya, kedua dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu
lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Why we fast in Islam?



You mean you can't even drink water?" a friend asked me this question with a bewildered look on her face, she couldn't believe that fasting during the month of Ramadan meant I would not drink or eat from sunrise to sunset for an entire month.

As my friend stood there looking bewildered, I thought, is it really that hard to believe that Muslims refrain from food and drink during the fast? We fast the whole day knowing that we will be ending our fast with the setting of the sun, and in the context of a world where many live in poverty, where hunger and thirst for many become a way of life, our fasting really is a simple duty. This is the spirit of Ramadan, it is about understanding the feeling of hunger, it is about building empathy, self-restraint and piousness.

For myself, and for all devout Muslims, Ramadan holds such deep teachings; it is not a month about food, or about socialising in the evenings in Ramadan tents, or watching Ramadan shows on TV, Ramadan is about learning compassion, it's about "cultivating our piety".

What is Ramadan?

Ramadan is the ninth month of the Islamic lunar calendar (hijri calendar), we consider it to be the most holy and spiritually-beneficial month of the Islamic year. Ramadan is the month when the first verses of the holy Quran were revealed.

Fasting in the month of Ramadan is one of the five pillars of Islam, and all Muslims who are mentally and physically able and that have reached puberty are required to fast during this month.

Those who are sick, travelling, pregnant, menstruating or nursing women, are not required to fast, however, those who are unable to fast for these reasons must make up the days they missed fasting upon recovery or return, or after weaning.

In the month of Ramadan, we begin the fast with the sunrise and end the fast with the sunset, or with the fourth Muslim prayer of the day (maghrib prayer). The fast is ended each evening with a meal called iftar and the last meal we have is in the morning right before dawn which is called suhur.

Spiritual experience


The fast of Ramadan is not about physical deprivation, it is meant to be deeply spiritual experience. In the holy Quran it is stated that the purpose of the fast is to develop a quality which in Arabic we call taqwa.

Taqwa can be defined as, "worshipping God as if you see Him, because if you don't, He sees you". Taqwa is about cultivating an awareness that God is always watching. For example, when I fast nobody but God knows if I actually have observed the entire fast or if I secretly cheated. So in order to resist the temptation to cheat during the fast, I must remember that God is always watching and will see any lapse.

This sense of taqwa is carried over into other areas of our lives, hence by fasting we foster a habit of piousness, self-restraint, and an inner-balance. For devout Muslims Ramadan is a month of worship; prayer and recitation of the Quran during this month are pivotal, and it is common practice during this month to provide food/iftar to others especially the poor on a daily basis.

Today is the first day of Ramadan and over a billion people will be observing the fast during this holy month.

Whether you will be fasting or not, I hope that the lessons that Ramadan teaches of taqwa, compassion, piousness and charity will remain with you, and not just during this holy month, but I hope that you will carry these lessons with you every day of your life.

Peringkat Al-Quran diturunkan



Ada tiga peringkat Al-Quran diturunkan, iaitu :

1)Dari Allah S.W.T ke Lauhil Mahfuz. Peringkat ini Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
2)Dari lauhil mahfuz ke Baitil 'Izzah. Peringkat ini juga Al-Quran diturunkan
sekaligus kesemua ayat dan surah.
3)Dari Baitil 'Izzah kepada Rasulullah yang bermula pada 17 Ramadhan ketika baginda berada dalam gua Hirak.Pada peringkat ini Al-quran diturunkan sedikit sedikit selama 22 tahun 2 bulab 22 hari. Di antara hikmah diturunkan begitu ialah;
a. Agar mudah dimergertikan dan dilaksanakan oleh manusia ketika itu.
b. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku
c. Untuk memudahkan penghafalan
d. Untuk menatapkan hati Rasulullah S.A.W

Sumber-sumber Hukum Islam



Pembahagian Dan Penjenisan Sumber Perundangan Islam

Ada dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :

1. Sumber-sumber asas
Al Quranul Karim
As Sunnatun Nabawiyah

2. Sumber-Sumber tafsiran.
Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
a.Al Ijma'
b.Al Qiyas
c.Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
d.Al Istihsan
e.Al Masolehul Mursalah
f.Al 'urf
g.Syariat yang terdahulu
h.Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
i.Al istishab
j.Az Zara-i'

Dalil sumber-sumber asas

Di antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah sebagai berikut :

[Surah An Nisa' : 59]


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah ( Al Quran ) dan Rasul (Sunnah); jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik bagi akibatnya."

[Suran Al hasry:7]



مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


"Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia. Dan apa yang terlarang bagimu maka tinggalkanlah ; dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah amat keras hukumannya."

"Ku lihat untuk dua perkara, tidaklah kamu alan tersesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya; iaitu kitabullah dan sunnahnya (rasulnya)." [Al-Hadith]

Maksud Al-Quran

Al-Quran ialah : 'Kalamullah yang merupakan mu'jizat, yang diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad S.A.W yang dimaktubkn ke dalam mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir kepada seluruh manusia dengan lafaz serta makna melalui bahasa 'Arab dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.

Huraian Ringkas

Diantara perkara perkara yang penting yang diperolehi daripada maksud Al Quran tadi ialah :

a. Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad S.A.W.
b. Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam mushaf bahasa 'Arab.
c. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan walau dalam apa jua bahasa bukanlah
Al- Quran.
d. Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.
e. Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru dan dicabar oleh mana-mana
jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian

Keistimewaan Bulan Ramadhan



Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual

Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrut Tarbiyah, Da’wah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para da’i dan ulama untuk melakukan da’wah dan tarbiyah. Terus melakukan gerakan reformasi (harakatul ishlah). Membuka pintu-pintu hidayah dan menebar kasih sayang bagi sesama manusia.
Ramadhan adalah bulan penuh berkah, penuh berkah dari semua sisi kebaikan. Oleh kerana itu, umat Islam harus mengambil keberkahan Ramadhan dari semua aktifiti positif dan dapat memajukan Islam dan umat Islam. Termasuk dari sisi ekonomi, sosial, budaya dan pemberdayaan umat. Namun demikian semua aktifiti yang positif itu tidak sampai mengganggu kekhusu’an ibadah ramadhan terutama di 10 terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan bulan puasa sebagai bulan penuh amaliyah dan aktiviti positif. Selain yang telah tergambar seperti tersebut di muka, beliau juga aktif melakukan kegiatan sosial kemasyarakatan. Rasulullah saw. menikahkan putrinya (Fathimah) dengan Ali RA, menikahi Hafsah dan Zainab.

Persiapan Mental
Persiapan mental untuk puasa dan ibadah terkait lainnya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin belanja mempersiapkan hari raya, pulang kampung dll, sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusu’an ibadah Ramadhan. Dan kesuksesan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat dari akhirnya. Jika akhir Ramadhan diisi dengan i’tikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk yang sukses dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Persiapan ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Persiapan fikriyah
Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.

Persiapan Fisikal dan Harta
Seorang muslim tidak akan mampu atau berbuat secara optimum dalam berpuasa jika fisikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesehatan fisikal, kebersihan rumah, masjid dan lingkungan. Rasulullah mencontohkan kepada umat agar selama berpuasa tetap memperhatikan kesehatan. Hal ini terlihat dari beberapa peristiwa di bawah ini :
• Menyikat gigi dengan siwak (HR. Bukhori dan Abu Daud).
• Berubat seperti dengan berbekam (Al-Hijamah) seperti yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim.
• Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada sahabat Abdullah ibnu Mas’ud ra, agar memulai puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang cemberut. (HR. Al-Haitsami).

Sarana penunjang yang lain yang harus disiapkan adalah harta yang halal untuk bekal ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim telah menabung selama 11 bulan sebagai bekal ibadah Ramadhan. Sehingga ketika datang Ramadhan, dia dapat beribadah secara khusu’ dan tidak berlebihan atau berkejar dalam mencari harta atau kegiatan lain yang mengganggu kekhusu’an ibadah Ramadhan.

Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)
Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif. Perubahan pribadi, perubahan keluarga, perubahan masyarakat dan perubahan sebuah bangsa. Allah SWT berfirman : « Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri » (QS AR- Ra’du 11). Diantara bentuk-bentuk peningkatan amal Ibadah seorang muslim di bulan Ramadhan, misalnya; peningkatan, ibadah puasa, peningkatan dalam tilawah Al-Qur’an, hafalan, pemahaman dan pengamalan. Peningkatan dalam aktifiti sosial, seperti: infak, memberi makan kepada tetangga dan fakir-miskin, santunan terhadap anak yatim, biasiswa terhadap siswa yang memerlukan dan meringankan beban umat Islam. Juga merencanakan untuk mengurangi pola hidup berbelanja dan memantapkan tekad untuk tidak membelanjakan hartanya, kecuali kepada pedagang dan pengeluar negeri kaum muslimin, kecuali dalam keadaan yang sulit (haraj).

Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)
Bulan Ramadhan adalah bulan dimana syaitan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islami. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. Allah SWT. berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).

Oleh kerana itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubah kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan karunia Allah SWT. “Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS Hud 52)

Meningkatkan kepekaan untuk menolak kezhaliman dan kemaksiatan. Menyebarkan syiar Islam dan meramaikan masjid dengan aktifiti ta’lim, kajian kitab, diskusi, ceramah dll, sampai terwujud perubahan-perubahan yang perlu dan positif dalam berbagai bidang kehidupan. Ramadhan bukan bulan istirahat yang menyebabkan mesin-mesin kebaikan berhenti bekerja, tetapi momentum tahunan terbesar untuk segala jenis kebaikan, sehingga kebaikan itulah yang dominan atas keburukan. Dan dominasi kebaikan bukan hanya dibulan Ramadhan, tetapi juga diluar Ramadhan.

Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)
Dan terakhir, semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh lepas dari muhasabah atau evaluasi. Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita perbuat dengan senantiasa menajamkan mata hati (bashirah), sehingga kita tidak menjadi orang/kelompok yang selalu mencari-cari kesalahan orang/kelompok lain tanpa mahu bergeser dari perbuatan kita sendiri yang mungkin jelas kesalahannya. Semoga Allah SWT senantiasa menerima shiyam kita dan amal shaleh lainnya dan mudah-mudahan tarhib ini dapat membangkitkan semangat beribadah kita sekalian sehingga membuka peluang bagi terwujudnya Indonesia/Malaysia yang lebih baik, lebih aman, lebih adil dan lebih sejahtera. Dan itu baru akan terwujud jika bangsa ini yang majoritinya adalah umat Islam kembali kepada Syariat Allah.

Sumber : Panduan Ibadah Ramadhan, Iman Santoso, Lc.