Saturday, August 30, 2008

Sumber-sumber Hukum Islam



Pembahagian Dan Penjenisan Sumber Perundangan Islam

Ada dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :

1. Sumber-sumber asas
Al Quranul Karim
As Sunnatun Nabawiyah

2. Sumber-Sumber tafsiran.
Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
a.Al Ijma'
b.Al Qiyas
c.Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
d.Al Istihsan
e.Al Masolehul Mursalah
f.Al 'urf
g.Syariat yang terdahulu
h.Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
i.Al istishab
j.Az Zara-i'

Dalil sumber-sumber asas

Di antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah sebagai berikut :

[Surah An Nisa' : 59]


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah ( Al Quran ) dan Rasul (Sunnah); jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik bagi akibatnya."

[Suran Al hasry:7]



مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


"Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia. Dan apa yang terlarang bagimu maka tinggalkanlah ; dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah amat keras hukumannya."

"Ku lihat untuk dua perkara, tidaklah kamu alan tersesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya; iaitu kitabullah dan sunnahnya (rasulnya)." [Al-Hadith]

Maksud Al-Quran

Al-Quran ialah : 'Kalamullah yang merupakan mu'jizat, yang diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad S.A.W yang dimaktubkn ke dalam mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir kepada seluruh manusia dengan lafaz serta makna melalui bahasa 'Arab dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.

Huraian Ringkas

Diantara perkara perkara yang penting yang diperolehi daripada maksud Al Quran tadi ialah :

a. Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad S.A.W.
b. Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam mushaf bahasa 'Arab.
c. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan walau dalam apa jua bahasa bukanlah
Al- Quran.
d. Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.
e. Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru dan dicabar oleh mana-mana
jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian

No comments: