Saturday, August 30, 2008

19 Keistimewaan Wanita Vs 6 Wanita Malang...




19 KEISTIMEWAAN WANITA.....

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih
dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG....

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan
yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah,
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang
Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu
dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat
sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit
terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, Aku membuat itu keranamu.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya
kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan
matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang
sepanjang hari mengilatkan dan menghias
mukanya, kedua dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu
lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

No comments: